PENGENALAN PSS


1.1 SEJARAH PENUBUHAN PSS

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Lubok Setol merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber sekolah ini menjadi entity subordinate yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.



Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.



Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Lubok Setol bermula dengan sebuah bilik bacaan induk dan sebuah bilik APD sahaja. Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan sebuah bilik darjah dan mampu menampung seramai 40 orang pelajar. Sementara bilik APD pula hanya mempunyai keluasan setengah bilik darjah dengan kapasiti 30 orang pelajar.